Monday, January 24, 2011

Iklan dan Pengaruh Berbahasa

           Sebagai seorang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, kita sering kali melihat pelbagai bentuk iklan bercetak yang ditempatkan pada kawasan tumpuan orang ramai. Iklan yang ditempatkan ini bukan sahaja berkaitan dengan program universiti tetapi ilkan daripada pelajar sendiri yang mencari peluang untuk mendapatkan wang tambahan. Sekiranya di teliti, kebanyakkan iklan pelajar yang ditampal adalah seperti iklan pengangkutan balik pada cuti semester dan iklan sewaan rumah. Namun, perkara yang ingin saya bicarakan ini bukanlah berkaitan dengan kebijaksanaan pelajar menggunakan kesempatan yang ada, dan tidak juga untuk memuji usaha mereka itu. Perkara yang ingin saya ulas berkenaan iklan tersebut adalah berkaitan dengan bahasa yang digunakan oleh mereka.


       Sekirannya kita memerhatikan keadaan persekitaran kampus UPSI, kita dapat melihat banyak iklan seperti gambar di atas yang ditempatkan di kawasan tumpuan pelajar. Keadaan ini menjadi lebih rancak apabila hampir tiba musim cuti semester. Bahasa yang digunakan dalam iklan tersebut memperlihatkan kepada kita bahawa pemiliknya langsung tidak mengambil berat soal penggunaan bahasa dengan betul dan tepat. Bahasa Melayu yang digunakan bercampur-aduk dengan bahasa Inggeris.

     Sikap memandang remeh soal bahasa menjadikan pengguna bahasa seperti pemilik iklan di atas tidak mementingkan aspek penggunaan bahasa yang betul dan ia boleh mempengaruhi pengguna bahasa yang lain kerana fungsi iklan sememangnya diketahui cukup berpengaruh. Oleh itu, kepentingan penggunaaan bahasa perlu dititik beratkan dalam iklan  untuk menjadi sebagai media yang mampu mempengaruhi pelajar lain untuk berbahasa dengan betul dan yang lebih penting ia juga menggambarkan pemikiran terpelajar terhadap mahasiswa dan mahasiswi itu sendiri.. 

No comments:

Post a Comment