Assalamualaikum
Blog yang dihasilkan ini sememangnya sesuatu yang sangat diharapkan. Sebelum ini ada juga percubaan daripada diriku untuk menghasilkan blog bagi berkongsi penulisan yang pelbagai bentuk sama ada penulisan peribadi mahupun yang bersifat ilmiah. Namun, percubaan untuk menghasilkan blog tersebut gagal disebabkan pelbagai kekangan dari segi masa dan kebolehan diriku mengendalikan laman maya ini sehinggalah penghasilan blog menjadi tugasan wajib dalam kursus yang diambil oleh diriku pada semester ini. Sudah menjadi adat manusia biasa apabila perkara tersebut wajib untuk dilaksanakan barulah diri kita berusaha seboleh mungkin menghasilkannya walaupun pelbagai kekangan yang berlaku. Hasilnya, lahirlah blog ilmiah ini yang lebih cenderung untuk memperkatakan berkenaan dengan ilmu sosiolinguistik.

Justeru, penghasilan blog ini dan bekalan daripada ilmu dan semangat tokoh bahasa Za’ba mampu memberi suatu input yang berguna kepada pembaca blog terutama yang berkaitan dengan hal kebahasaan dan masyarakat (sosiolinguitik)
No comments:
Post a Comment